Total Pageviews

Friday, August 6, 2010

BaTu BaiDuRi


(BaiDuRi ~ BaTu BaiDuRi YaNG BeRWaRNa KuNiNG GeLaP)

BaTu BaiDuRi (ToPaZ)

Batu Baiduri berwarna kuning, tak berapa jernih tapi menarik. Seperkara lagi yang menarik tentang batu Baiduri ini, pemilik perlu membasuh batu tu dengan air hujan dan air embun. Itu adalah mengikut petua seorang guru yang pernah dirujuk, dengan membasuh batu baiduri, kaedah ini akan memulihkan tenaga dalaman batu dan dapat meningkatkan khasiat batu. Batu itu akan diketahui keberkesanannya bila ia mula mengeluarkan cahaya waktu bulan mengambang, masukkan batu baiduri tadi dalam gelas berisi air hujan yg ditadah, ditapis serta simpan dan kemudian letak atas bumbung. Lepas tu mula perhatikan dan tengok perubahan batu dia tu. Air jenih dalam gelas tu mula bercahaya dan semakin terang, cahaya dalam air tu akan hilang dan air dalam gelas nampak macam air biasa saja.

- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya.
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.

BaTu NiLaM

(NiLaM ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa BiRu)


BaTu NiLaM (SaPPHiRe)

Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.

Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan September.

BaTu FaiRuS


(FaiRuS ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa BiRu aGaK KeHiJau-HiJauaN)


BaTu FaiRuS (TuRQuoiSe)

Batu Fairus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu fairus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.
Batu fairus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.
Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah fairus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.

Thursday, June 10, 2010

iKaN JeRuNG 3D



KuMBaNG 3D