Total Pageviews

Tuesday, August 10, 2010

BaTu KeCuBuNG

KeCuBuNG ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa uNGu


KeCuBuNG (aMeTHYST)

Kecubung yang juga dikenali sebagai Amethyst merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.
Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.

BaTu BaDaR

BaDaR BeSi ~ BaTu PeRMaTa YaNG KeRaS


BaTu BaDaR BeSi (MaGNeTSTeeN)

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerah Brazil, Mexico, Australia dan Amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.
Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat. Batu badar besi ini diwakafkan/ diisi dengan Ayat-ayat dan amalan para waliyullah serta akan diwakafkan atas nama pemakainya.



BaDaR LuMuT ~ BaTu PeRMaTa YaNG MeMPuNYai CoRaK SeaKaN LuMuT



BaTu BaDaR LuMuT (BaTu HaKiKaT)

Batu badar lumut asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai Batu Hakikat. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. diwakafkan padanya segala ilmu dan kekuatan secara makrifah insyaAllah dengan kekuasaanNya dapat menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri.

BaTu SeRai

SeRai ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa-WaRNi DaN MeLeKaT Di PeRMuKaaN CeRMiN



BaTu SeRai ()

Batu Serai hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.
Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
( semua batu-batu serai ini akan melekat jika diletakkan pada permukaan cermin. caranya akan diberitahu)

BaTu LaFaDH

LAFADH ~ BaTu PeRMaTa YaNG MeMPuNYai CoRaK KaLiMaH


BaTu LaFaDH ()

BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, tuan/ puan perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis. Batu Lafadh juga diwakafkan padanya segala ilmu dan amalan secara makrifat yang kekuatan dan kelebihannya sama seperti Batu Panca Nur. Keistimewaannya yang berbeza dengan Batu Panca Nur ialah kalimah yang tertera padanya serta keistimewaan/ kekuatan lain yang hadir bergantung kepada orang yang memakai/ memilikinya.

BaTu PaNCa NuR

PaNCa NuR ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa PeRaNG KeHiTaMaN


BaTu PaNCa NuR ()

Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya insyaAllah dapat:-
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada si pemakainya.
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.