Total Pageviews

Sunday, June 15, 2014

CiRi-CiRi SaHaBaT SeJaTi

Sahabat Sejati??? Itu takde dalam kamus CikNa...Hhmmm...Setakat ni husband CikNa jer la sahabat sejati CikNa...Apsal ek...CikNa selalu sgt kena betray ngan kawan2..So that why CikNa tak berani nak kongsi kasih sayang ngan mereka...Dari tadika sampai sekarang...Kawan2 CikNa selalu jer tak ngam ngan CikNa...CikNa ni agak pendiam dan pemalu skit org nya...Mungkin sebab tu kot kawan2 kat office tak mahu kawan ngan CikNa...Hhmmm...Macam mana lar nak ambik hati kawan2 ni...Smpai 1 tahap dia orang pi makan ramai2 pun...Dia orang tak ajak CikNa...Jahat sgt ker CikNa ni... Pastu masa nak pergi Jamuan Makan...Kawan CikNa tu tak offer pun CikNa naik kereta dia...Terasa hati jgk lar...Tapi walau apa pun yang kawan2 buat pada CikNa... CikNa tak pernah pun sound dia org...Dan CikNa tak pernah pun nak salahkan dia orang...Just think +ve...Mungkin CikNa ada buat salah kat dia orang kot...Tapi nak kata CikNa ni suka bawa mulut @ mengumpat...Hhmmm...Takde plak...Coz CikNa ni jarang berbual kosong ngan kawan2...Mungkin CikNa kena muhasabah diri dulu kot...Yang baik datang nya dari Allah...Dan yang buruk tu datang dari kesilapan CikNa sendiri...CikNa pun bukan perfect pun...

Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam Al Ghazali

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu.10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan….

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya…..Seutas tasbih sebuah janji


SaMPaiKaNLaH WaLauPuN HaNYa SaTu aYaT !!!

Thursday, June 12, 2014

DeMaM WoRLD CuP 2014

Demam world cup telah kembali...World cup tahun 2014 yang akan membuatkan ramai orang tak tidur dan berjaga awal...Kemudian sampai office dalam keadaan lesu...Kawan2 lelaki kat office CikNa semua teruja...Alamak nyer sebulan ni topik bola jer la yang berkumandang...CikNa dan husband je tak minat sukan ni dan malas gak nak amek tahu...Tapi kalau ada siaran ulangan tu CikNa layan jgk...Bleh tengok aksi2 pemain bola yang semuanya hebat2 belaka...CikNa sokong Belanda kot...

Untuk korang yang giler bola...CikNa pamerkan kumpulan dalam world cup 2014 dari Kumpulan A hingga H yang berlangsung di Brazil tahun nie...Bola nie biasanye kegilaan lelaki...Perempuan ada juga tapi tak ramai...Ada kawan2 kat office CikNa yang terpaksa minat bola sebab boifrend,ayah,abang tak pun suami dia yang minat bola...Kecian sgh lar...

Tp lg kecian kalu world cup dijadikan lombong duit...hhmm mmg ramai yang berjudi time ni...Kat office CikNa pun tak terkecuali lar..Dengar2 ada gak lar yang main bayar2 duit ni...Main teka2 sapa menang ni..Bahaya betulkan...Tu mcm bunga2 judi lar jgk...CikNa bagi contoh ek...Team mana menang malam ni??? Kita collet duit lar RM50 sorang...Sapa betul...Dia dapat duit ni..Nauzubillahi Minzalik...






JADUAL WORLD CUP 2014


PERTARUHAN DALAM PERMAINAN ADALAH JUDI

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah : 90)


Judi ini tidak semestinya dengan bermain daun judi, main game kuda, sport toto, nombor ekor dan sebagainya. Setiap benda yang ada wang pertaruhan atau mempertaruhkan apa-apa benda adalah dikira sebagai judi. Jadi merupakan perkara yang telah diharamkan dalam Islam dan mempunyai dalil yang jelas (qat’i) dan tidak perlu dipertikaikan lagi untuk mencari kehalalannya.

Menjadi tradisi dalam permainan bola sepak, badminton dan sebagainya siapa yang kalah mesti membayar kos permainan tersebut atau belanja lawannya makan free dan sebagainya. Bagi pendapat saya berdasarkan dalil di atas, pertaruhan ini adalah haram, kerana ia melibatkan pertaruhan dan harapan untuk seseorang itu menang. Masalah ini sama dengan permainan daun judi yang mempertaruhkan duit dalam permainannya, sesiapa yang menang dalam permainan tersebut dia akan mendapatnya.

Di haruskan perlawanan bola sepak, badminton, golf dan sebagainya yang menawarkan hadiah bagi pemenang oleh penganjur dengan tidak mempunyai wang pertaruhan daripada pemain. Wang yang dikenakan sebagai wang pendaftaran sahaja dan tidak melibatkan apa-apa pertaruhan yang boleh disamakan dengan judi.

Hal ini sama juga dengan peraduan-peraduan sms yang mengenakan caj setiap jawapan yang diberikan dan peraduan sms itu tidak diketahui apa jadi dengan jawapan tersebut. pihak yang mengetahui hanyalah penganjurnya sahaja. Kadang-kadang itu soalan yang ada cukup mudah dan boleh dijawab oleh pelajar darjah 1. 


Orang yang menyertainya memang betul jawapannya tetapi tidak menang juga. Ini yang dikatakan judi dan penindasan. JAKIM dan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan fatwa mengenai peraduan sms ini dengan mengatakan peraduan tersebut adalah haram sebab tidak mematuhi syarak dan membazir.

Ringkasnya, setiap perkara yang dipertaruhkan adalah judi, tidak kira jenis perkara dan barang apa yang dipertaruhkan. Sesiapa yang berjudi adalah dosa besar kerana melanggar perkara yang telah jelas diharamkan oleh syarak. Makanlah dari rezeki yang dihalalkan oleh syarak, iaitu rezeki yang dicari dari hasil penat lelah kita sendiri. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)


SaMPaiKaNLaH WaLauPuN HaNYa SaTu aYaT !!!

PeTua iMaM SYaFie

Susah juga nak mengamalkan petua imam syafie ni exspecialy bab tak boleh banyak makan asam tu..hhmm..CikNa mmg suka makan asam..Terutama asam boi..Mmg sedap..Tapi bila fikir ttg kesihatan ni..Kita kena lar lebih mengutamakan kesihatan kita..Masa muda lar nak kena jaga..Supaya bila dah tua nnti tak ada penyakit merbahaya..Nasihat orang tua mestilah kita dengar sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk kita..

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara yang menguatkan badan:-
1) Memakan daging
2) Memakai haruman
3) Kerap mandi
4) Berpakaian dari kapas

Empat perkara yang melemahkan badan:-
1) Banyak berkelamin (bersetubuh)
2) Selalu cemas
3) Banyak minum air ketika makan
4) Banyak makan makanan yang masam

Empat perkara yang menajamkan mata:-
1) Duduk menghadap kiblat
2) Bercelak sebelum tidur
3) Memandang yang hijau
4) Berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata:-
1) Memandang najis
2) Melihat orang dibunuh
3) Melihat kemaluan
4) Membelakangi kiblat

Empat perkara yang menajamkan fikiran:-
1) Tidak banyak berbual kosong
2) Rajin bersugi (memberus gigi)
3) Bercakap dengan orang soleh
4) Bergaul dengan para ulama

SaMPaiKaNLaH WaLauPuN HaNYa SaTu aYaT !!!

PuaSa QaDHa

Hhmm..CikNa ada 3 hari lagi puasa yang perlu di qadha..Insya Allah next week lar CikNa sambung puasa qadha ni..Mmg susah nak puasa time hari2 biasa ni..Terlalu banyak godaan yang mendatang..Tapi CikNa terpaksa lar kuatkan semangat untuk puasa..Kalu tak bila nak habis puasa qadha CikNa ni..Masih berbaki 15 hari lagi sebelum bulan Ramadhan menjelma..Hope semuanya berjalan lancar..Disini CikNa nak share skit berkenaan puasa qadha ni..Manalah tahu, ada yang kurang fasih dan ingin belajar mengenai puasa qadha ni..CikNa sendiri pun masih belajar berkenaan ilmu agama ni untuk memperjelaskan apa yang terlupa..Maklum lar masa zaman sekolah dulu jer banyak belajar ilmu agama..Bila dah dewasa ni banyak yang telah terlupa..Semua informasi ni CikNa bukan taip sendiri..Tapi CikNa copy paste dari laman web http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/14/puasa-qadha/ ..Mmg bagus laman web ni..CikNa bagi 5 bintang * * * * *...

PUASA QADHA

Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…”(Surah al-Baqarah, ayat 184). 

Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajibmengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb. 

Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukanpuasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan. 
Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa. 

WAJIB QADHA PUASA SAHAJA

Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:
1. Terlupa berniat.
2. Sakit yang membahayakan.
3. Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
4. Perempuan yang datang haid atau nifas.
5. Sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri saja).
6. Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
7. Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
8. Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
9. Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
10. Orang yang kembali dari bermusafir.
11. Murtad. 

Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan. 

Firman Allah Ta’ala :

 أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah Ayat 184)  Waktu Berniat Puasa Qadha

Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, tidaklah dikenakan kifarah.  NIAT PUASA QADA

Niat merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berkeinginan melakukan qadha puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.Niat puasa ganti adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala. Maka termasuk di situ sunat bersahur, sama macam puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa di bawah.
 
LEWAT QADA

1. Sekiranya terlewat mengqadha puasa Ramadan, tanpa uzur syarie hingga tiba bulan Ramadhan tahun yang berikutnya, maka;
a.  Wajib mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal.
b.  Dan wajib membayar fidyah berupa secupak makanan asasi bagi satu haripuasa yang ditinggalkan..
2.  Jika terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadhan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak (2 fidyah) untuk 1 hari yang ditinggalkan, jika memasuki Ramadhan ketiga, menjadi 3 cupak dendanya dan begitulah untuk tahun-tahun seterusnya, di samping wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal sahaja. 
3.  Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih. Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat.
 
QADHA PUASA WAJIB DAN SUNAT SERENTAK

Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat diperolehi juga dengan niat seseorang yang berpuasa qadha atau berpuasa nazar. Seseorang yang melakukan sesuatu yang wajib pada waktu yang disunatkan, maka dengan sendirinya melayakkan seseorang itu mendapat pahala sunat. 

1.  Puasa Qadha Dan Puasa 6

Melakukan puasa qadha yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum sampai Ramadhan tahun akan datang. Jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan ada fadilatnya, Allah SWT. akan memberikan lebih ganjaran kepadanya kerana mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan kerana masalah keuzuran, sunat mengerjakan puasa enam walaupun masih mempunyai qadha. 

Keuzuran dibenarkan oleh syarak adalah seperti:
i) Orang dalam perjalanan (musafir)
ii) Orang sakit
iii) Perempuan yang nifas
iv) Perempuan yang haid 

Saidatina Aisyah berkata: “Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW. Maka, kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”Wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, boleh mengqadhakan puasa di samping mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Caranya ialah dengan berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran serentak (iaitu ganjaran puasa qadha dan sunat).Orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan selama sebulan kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha puasa enam itu dalam Zulkaedah. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja atau tanpa keuzuran, mereka diharam mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan menyegerakan qadha terlebih dahulu. 

2.  Qadha Serentak

Mereka yang ketinggalan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak, harus mengqadha puasa Ramadhan serentak dengan puasa enam pada Syawal, namun begitu adalah lebih utama mengqadha dahulu sebelum melakukan puasa sunat. 
Bagi keuzuran yang dibenarkan syarak, orang itu boleh melakukan qadha puasa Ramadhan sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya. 

Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat pahala bagi puasa yang diniat itu sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu. 

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib, katanya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” 
Walaupun menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. 

Bagaimanapun, sikap menyegerakan qadha puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Ini kerana ganjaran dan pahala ibadat itu hanya Allah yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka. 

SaMPaiKaNLaH WaLauPuN HaNYa SaTu aYaT !!!