Hhmm..CikNa ada 3 hari lagi puasa yang perlu di qadha..Insya Allah next week lar CikNa sambung puasa qadha ni..Mmg susah nak puasa time hari2 biasa ni..Terlalu banyak godaan yang mendatang..Tapi CikNa terpaksa lar kuatkan semangat untuk puasa..Kalu tak bila nak habis puasa qadha CikNa ni..Masih berbaki 15 hari lagi sebelum bulan Ramadhan menjelma..Hope semuanya berjalan lancar..Disini CikNa nak share skit berkenaan puasa qadha ni..Manalah tahu, ada yang kurang fasih dan ingin belajar mengenai puasa qadha ni..CikNa sendiri pun masih belajar berkenaan ilmu agama ni untuk memperjelaskan apa yang terlupa..Maklum lar masa zaman sekolah dulu jer banyak belajar ilmu agama..Bila dah dewasa ni banyak yang telah terlupa..Semua informasi ni CikNa bukan taip sendiri..Tapi CikNa copy paste dari laman web http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/14/puasa-qadha/ ..Mmg bagus laman web ni..CikNa bagi 5 bintang * * * * *...
PUASA QADHA
Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…”(Surah al-Baqarah, ayat 184).
Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajibmengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.
Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukanpuasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.
Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.
WAJIB QADHA PUASA SAHAJA
Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:
1. Terlupa berniat.
2. Sakit yang membahayakan.
3. Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
4. Perempuan yang datang haid atau nifas.
5. Sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri saja).
6. Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
7. Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
8. Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
9. Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
10. Orang yang kembali dari bermusafir.
11. Murtad.
Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan.
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah Ayat 184) Waktu Berniat Puasa Qadha
Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, tidaklah dikenakan kifarah. NIAT PUASA QADA
Niat merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berkeinginan melakukan qadha puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.Niat puasa ganti adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala. Maka termasuk di situ sunat bersahur, sama macam puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa di bawah.
LEWAT
QADA
1.
Sekiranya terlewat mengqadha puasa Ramadan, tanpa uzur syarie hingga tiba bulan
Ramadhan tahun yang berikutnya, maka;
a.
Wajib mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal.
b.
Dan wajib membayar fidyah berupa secupak makanan asasi bagi satu haripuasa
yang ditinggalkan..
2.
Jika terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadhan maka dendanya ditambah
secupak lagi menjadikan dua cupak (2 fidyah) untuk 1 hari yang ditinggalkan,
jika memasuki Ramadhan ketiga, menjadi 3 cupak dendanya dan begitulah untuk tahun-tahun
seterusnya, di samping wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang
tertinggal sahaja.
3.
Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah
pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih.
Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan
semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat.
QADHA
PUASA WAJIB DAN SUNAT SERENTAK
Sesetengah
ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat diperolehi juga dengan niat
seseorang yang berpuasa qadha atau berpuasa nazar. Seseorang yang melakukan
sesuatu yang wajib pada waktu yang disunatkan, maka dengan sendirinya
melayakkan seseorang itu mendapat pahala sunat.
1.
Puasa Qadha Dan Puasa 6
Melakukan
puasa qadha yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum
sampai Ramadhan tahun akan datang. Jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan
ada fadilatnya, Allah SWT. akan memberikan lebih ganjaran kepadanya kerana
mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.Bagi
mereka yang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan kerana masalah keuzuran,
sunat mengerjakan puasa enam walaupun masih mempunyai qadha.
Keuzuran
dibenarkan oleh syarak adalah seperti:
i)
Orang dalam perjalanan (musafir)
ii)
Orang sakit
iii)
Perempuan yang nifas
iv)
Perempuan yang haid
Saidatina
Aisyah berkata: “Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW. Maka, kami
diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”Wanita
yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, boleh mengqadhakan puasa di samping
mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Caranya ialah dengan berniat bagi
kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran
serentak (iaitu ganjaran puasa qadha dan sunat).Orang
yang luput keseluruhan puasa Ramadhan selama sebulan kerana keuzuran yang
diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal,
disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha puasa enam itu dalam Zulkaedah. Orang
yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja atau tanpa keuzuran, mereka
diharam mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan
menyegerakan qadha terlebih dahulu.
2.
Qadha Serentak
Mereka
yang ketinggalan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak, harus
mengqadha puasa Ramadhan serentak dengan puasa enam pada Syawal, namun begitu
adalah lebih utama mengqadha dahulu sebelum melakukan puasa sunat.
Bagi
keuzuran yang dibenarkan syarak, orang itu boleh melakukan qadha puasa Ramadhan
sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Hal ini sama seperti
orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa
kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada
hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.
Dalam
menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha
dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat
ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi
puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat pahala bagi puasa
yang diniat itu sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa
wajib dan puasa sunat itu.
Ibnu
Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa
sunat bersama puasa wajib, katanya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa
sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan
salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”
Walaupun
menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran
pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang
disebut dalam hadis di atas.
Bagaimanapun,
sikap menyegerakan qadha puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Ini
kerana ganjaran dan pahala ibadat itu hanya Allah yang menilai dan menentukan
berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka.
SaMPaiKaNLaH WaLauPuN HaNYa SaTu aYaT !!!