Total Pageviews

Tuesday, August 10, 2010

FaKTa BaTu PeRMaTa

FaHaMi HaKiKaT PeMaKaiaN BaTu CiNCiN DaN PeRMaTa

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya. Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya. Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.

Batu-batu pilihan:-
( Batu Panca Nur, Batu Lafadh, Batu Delima Merah (Ruby), Batu Jarum Mas, Batu Combong, Batu Kecubung, Batu Badar Besi, Batu Ta'at Wali, Batu Cat Eye, Batu Tiger Eye, Batu Nilam (safir), Batu Zamrud (Emrald), Batu Pirus (Turquoise), Batu Garnet, Batu Cempaka, Batu Baiduri 

Keindahan,kesenian dan keaslian loket ini dari kandungan 7 jenis batu hikmah pilihan.Terdiri dari:-
1) Batu Leleh Jalur
2) Batu Cempaka Kuning
3) Batu Opal
4) Batu Taik Bintang
5) Batu Wali
6) Batu Firuz
7) Batu Raja Teras Gamunggal @
Gamunggal Cindai

Insyaallah*, sebagai penyeri diri,semangat,pelaris,pendinding dari unsur mistik,sihir dan rasukkan. Penunduk haiwan dan binatang berbisa. Medium perubatan seperti peredaran angin dan kelancaran darah.
(*INSYAALLAH- dengan izin allah)
p/s: Tetapi jangan lah kita terlalu taksub dengan nya sehingga lalai menyebabkan kita terpesong akidah dan khurafat.

No comments:

Post a Comment