Total Pageviews

Tuesday, August 10, 2010

FaKTa BaTu PeRMaTa

FaHaMi HaKiKaT PeMaKaiaN BaTu CiNCiN DaN PeRMaTa

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya. Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya. Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.

Batu-batu pilihan:-
( Batu Panca Nur, Batu Lafadh, Batu Delima Merah (Ruby), Batu Jarum Mas, Batu Combong, Batu Kecubung, Batu Badar Besi, Batu Ta'at Wali, Batu Cat Eye, Batu Tiger Eye, Batu Nilam (safir), Batu Zamrud (Emrald), Batu Pirus (Turquoise), Batu Garnet, Batu Cempaka, Batu Baiduri 

Keindahan,kesenian dan keaslian loket ini dari kandungan 7 jenis batu hikmah pilihan.Terdiri dari:-
1) Batu Leleh Jalur
2) Batu Cempaka Kuning
3) Batu Opal
4) Batu Taik Bintang
5) Batu Wali
6) Batu Firuz
7) Batu Raja Teras Gamunggal @
Gamunggal Cindai

Insyaallah*, sebagai penyeri diri,semangat,pelaris,pendinding dari unsur mistik,sihir dan rasukkan. Penunduk haiwan dan binatang berbisa. Medium perubatan seperti peredaran angin dan kelancaran darah.
(*INSYAALLAH- dengan izin allah)
p/s: Tetapi jangan lah kita terlalu taksub dengan nya sehingga lalai menyebabkan kita terpesong akidah dan khurafat.

BaTu CeMPaKa

http://21ruzana.blogspot.com/

CeMPaKa KuNiNG ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa KuNiNG JeRNiH


http://21ruzana.blogspot.com/
BaTu CeMPaKa KuNiNG ()

Batu Cempaka Kuning ini amat indah sekali kerana batu ini akan menghasilkan pancaran kuning jernih yang mengasyikkan. Berbagai hikmah dan khasiat didalam Batu Cempaka Kuning ini seperti:-
1.Pelaris
2.Pengasih
3.Pendinding
4.Penyeri paras,wajah dll

BaTu Ta'aT WaLi


Ta'aT WaLi ~ BaTu PeRMaTa JeNiS aGaTe


BaTu Ta'aT WaLi (BaTu ToK WaLi)

Batu Ta'at Wali (sejenis akik @ agate). Inilah khasiatnya yang diisi dan diwakaf dengan tujuh amalan dan doa yakni dari nombor satu sampai nombor tujuh dan penutupnya. Barangsiapa yang mengamalkanya atau jika tidak boleh mengamalnya cukup hanya menyimpanya pada dirinya atau di simpan dirumahnya atau sentiasa ada bersamanya.
Maka tiada boleh rapat jin dan syaitan padanya atau kedalam rumahnya. Juga terlepas dia daripada azab sensara dan sentiasalah dia dihormati orang dan rezeki pun melimpah kepadanya dan terlepaslah dia dari segala orang yg membuat fitnah dan luputlah dia dari sekalian bala dan jika ada ia ada berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya dan semua musuhnya pun binasalah. Kelebihan padanya sesungguhnya amatlah banyak tetapi cukuplah sekadar itu sahaja yang boleh saya ceritakan.

BaTu JaRuM MaS


JaRuM MaS ~ BaTu PeRMaTa YaNG MeMPuNYai HaBLuR WaRNa KuNiNG SePeRTi JaRuM



BaTu JaRuM MaS (RuTiLaTeD QuaRTZ)

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

BaTu MaTa KuCHiNG

MaTa KuCiNG ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRSiNaR SePeRTi MaTa KuCHiNG


MaTa KuCiNG (CHRYSoBeRYL CaT'S eYe)

Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata kucing.Inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.
Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye.Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.
Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).



MaTa HaRiMau ~ BaTu PeRMaTa YaNG BeRWaRNa PeRaNG SePeRTi MaTa HaRiMau


BaTu MaTa HaRiMau (TiGeR eYe)

Batu Mata Harimau juga dikenali sebagai Tiger eye ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara Afrika Selatan, Russia, Australia Barat, negara Jerman dan China. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.